27 Januari 2013

Format Borang Fax

   Assalammualaikum, pada kali ini ingin saya kongsikan format Borang Penghantaran Dokumen Melalui Fax. Seperti gambar di bawah, anda perlu tukarkan logo dengan logo sekolah anda. Kemudian masukkan nama sekolah berserta segala maklumat yang terdapat di bahagian atas dokumen termasuklah alamat, kod sekolah, no.telefon, fax dan email. 


   
   Sila kecilkan saiz huruf jika maklumat bahagian kod sekolah telah melebihi satu baris. Jangan risau jika setting dokumen berubah apabila anda memasukkan gambar logo baru. Sila klik pada logo baru dan ikuti arahan seperti gambar yang di bawah.

Klik logo > Format > Text Wrapping > In Front of Text


   Kemudian sila laraskan saiz logo kepada saiz yang bersesuaian ( sedap mata memandang ). Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat semua. Selamat Mencuba.



  << Sila Klik Imej Untuk Muat Turun >>  




26 Januari 2013

Format Laporan Bergambar

   

   Assalamualaikum, pembukaan tahun ini penuh dengan pelbagai tugasan baru. Pada kali ini ingin saya kongsikan format laporan bergambar yang telah saya hasilkan untuk program-program asrama SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai, Perak bagi tahun 2011 dan 2012. Apa pun ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Zulkofli kerana telah menyusun semua gambar mengikut tarikh kejadian. Ini amat memudahkan tugasan yang telah diberikan kepada saya. Terima kasih Cikgu Zulkofli.


   Kesemua laporan disediakan dalam bentuk word document. Gambar yang terdapat di dalam kotak sebenarnya adalah daripada setting fill effects dalam Format AutoShape yang terdapat apabila kita right klik pada drawing object yang terdapat di dalam Microsoft Word Document. Kemudian pilih menu picture dan pililah gambar yang diingini. Pastikan orentasi gambar yang dipilih tidak terbalik.  
   
   Pada pautan di gambar di bawah, disediakan 3 format laporan bergambar iaitu laporan 6 gambar, laporan gambar melintang dan laporan gambar menegak. Sila gunakan format ini mengikut kesesuaian gambar.




  << Klik Imej Untuk Muat Turun >>  

   Anda dinasihatkan menggunakan perisian Microsoft Office 2007 dan ke atas untuk mengelakkan sebarang kesulitan apabila ingin menggunakan fail yang telah dimuat turun. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua. Amin...

Carian berkenaan:
  • Penulisan laporan bergambar
  • Penghasilan laporan
  • Membuat laporan
  • Pembinaan laporan

Telegram Kuiz Interaktif Geografi

     <<< Join Link >>>