24 Ogos 2014

Borang Markah Pentaksiran Lisan PT3 Format Microsoft Excel

Assalammualaikum...


   Alhamdulillah pada kesempatan ini ingin saya kongsikan borang markah pentaksiran lisan dalam format excel. Borang ini dihasilkan untuk merekod markah ujian lisan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris PT3 bagi tahun 2014. 

   Untuk menggunakan borang ini, guru hanya perlu mengisi nama dan angka giliran pada bahagian yang pertama sahaja iaitu bahagian Bertutur ( bagi borang Bahasa Melayu ) atau bahagian Speaking ( bagi borang Bahasa Inggeris). Sila rujuk imej di bawah. 



   Nama dan angka giliran tadi akan terus di masukkan pada maklumat bahagian lain ( Bahagian Mendengar & Markah bagi borang Bahasa Melayu / Bahagian Listening & Mark bagi borang Bahasa Inggeris).
   
   Langkah seterusnya guru hanya perlu memasukkan markah sahaja iaitu pada bahagian Bertutur & Mendengar bagi borang Bahasa Melayu. Bagi borang bahasa Inggeris pula isikan markah pada bahagian Speaking & Listening sahaja.    
   
   Markah ini akan terus dijumlahkan secara automatik pada bahagian Markah / Mark terakhir iaitu .


 Sekiranya bilangan murid kelas kurang dari 40 orang, anda boleh memadam row yang tidak diperlukan pada ketiga-tiga bahagian tadi tanpa sebarang masalah. Borang ini akan menghasilkan 2 helai cetakan bagi setiap bahagian.






   Diharapkan penggunaan borang ini dapat meringankan lagi tugas guru-guru bahasa tingkatan 3 untuk merekodkan markah ujian lisan murid. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua. Amin :)

Telegram Kuiz Interaktif Geografi

     <<< Join Link >>>