28 Februari 2012

Surat Amaran Ketidak Hadiran.doc

Assalammualaikum.



   Pada kali ini ingin saya kongsikan borang Surat Amaran Ketidak Hadiran bagi murid yang gagal memaklumkan kepada sekolah tentang ketidak hadirannya. Borang ini digunakan untuk memberikan makluman kepada penjaga dan juga digunakan untuk peringatan kedua.


   Pengguna borang juga boleh mengunakan "teks box" jika tidak mahu memadamkan garisan yang ada pada borang. Cuma setting format "teks box" tersebut perlulah tidak mempunyai warna (fill color=no color). Di sini juga ingin saya kongsikan penggunaan borang Surat Amaran Terakhir dalam format Microsoft Office Word.


   Sila klik pada imej di bawah untuk muat turun fail. Selamat Mencuba.

  Surat Amaran Ketidak Hadiran.doc  
  Peringatan Pertama / Kedua  

  Surat Amaran Terakhir.doc  
  Peringatan Ketiga  

26 Februari 2012

Borang HC4 - STPM & SPM.xls

Assalammualaikum.


   Borang HC4 ini dihasilkan bagi memudahkan setiausaha peperiksaan untuk membuat analisis peperiksaan. Oleh demikian, ingin saya kongsikan untuk kemudahan semua warga pendidik yang sudi mengunakan aplikasi ini. Mudah-mudahan, ia dapat memberi manfaat. Pengguna borang format excel ini cuma perlu memasukkan bilangan gred yang diperolehi oleh calon dalam sesuatu mata pelajaran. Selebihannya, semua pengiraan akan dibuat oleh sistem.

1. Analisis 1 Tahun



2. Analisis 3 Tahun



3. ETR Mata Pelajaran



4. ETR Keseluruhan



Sila klik gambar di bawah untuk muat turun Borang HC4 - STPM dan HC4 - SPM. Selamat mencuba.



  Borang HC4 -STPM.xls  





   Borang HC4 - SPM.xls   

25 Februari 2012

Borang Headcount HC1 & HC2.xls ( Updated 27 Jan 2013 )

Assalamualaikum.
   
   Borang HC1 dan HC2 digunakan oleh Ketua Panitia untuk menetapkan target mata pelajaran bagi sesuatu tingkatan. Di kesempatan ini saya ingin kongsikan panduan penggunaan Borang HC1 dan HC2 yang digunakan di sekolah saya. Borang HC1 ini akan menunjukkan analisis keseluruhan tingkatan bagi sesuatu mata pelajaran. Manakala HC2 pula menunjukkan susunan markah target (etr) murid dari yang tertinggi hinggalah yang terendah. 

Berikut adalah panduan penggunan borang HC1 dan HC2 : -

1. Mulakan dengan mengisi Borang HC2. Ini kerana semua data yang diisikan di dalam HC2 akan dipindahkan secara automatik ke dalam Borang HC1. Masukkan nama murid, tingkatan, tov dan etr (boleh juga copy paste). Anda dinasihatkan agar tidak memadamkan cell yang mempunyai fomular gred kerana ia akan menyebabkan analisis tidak akan dapat dilakukan.

2. Teruskan dengan melengkapkan Borang HC1 dengan mengisi maklumat pencapaian tahun peperiksaan terbaik.

3. Bilangan murid tidak perlu diisikan kerana sistem akan mengira menjumlahkan bilangan murid bagi setiap gred secara keseluruhan.

4. Sembunyikan kandungan data "etr pindaan" dan "perbezaan %" dengan menukarkan warna tulisannya kepada putih.

5. Cetakan boleh dilakukan setelah anda berpuas hati dengan data-data yang terdapat di dalam Borang HC1 dan HC2. Sebelum mencetak Borang HC2, anda dinasihatkan agar melihat paparan print preview terlebih dahulu agar tidak mencetak paparan analisis OTI1 dan OTI2.

   Semoga panduan ini dapat memudahkan lagi para guru untuk menggunakan Borang HC1 dan HC2 ini dalam penghasilan data Headcount para pelajar. Sila klik pautan di bawah untuk memuat turun Borang HC1 dan HC2. Selamat mencuba. (^-^)V



  << Sila Klik Imej Untuk Muat Turun >>  



24 Februari 2012

Borang Headcount - HC3.xls ( Updated 27 Jan 2013 )

Assalamualaikum.
   Istilah "Headcount" sudah memang tidak asing lagi bagi golongan pendidik. Di sini ingin saya kongsikan penggunaan Borang HC3 dalam bentuk Excel yang telah digunakan di sekolah saya. Borang ini telah dijanakan dengan pengiraan formular secara automatik.



  Kandungan bahagian kanan borang tidak perlu diisi kerana ia akan memasukkan data secara automatik apabila nama murid, tov dan etr telah diisikan pada bahagian kiri borang (seperti gambar di bawah).



   Oleh sebab itu, pengguna diharapkan tidak memadamkan sebarang formular yang terdapat di dalam setiap cell sebaliknya cuma perlu menukarkan warna tulisan dari hitam ke putih jika ingin menyembunyikan kandungan cell (seperti arahan no.7 di bawah). Sekiranya terpadam juga, pengguna boleh menekan undo untuk membetulkannya. Berikut adalah langkah-langkah boleh dijadikan panduan kepada mereka yang ingin menggunakan format borang ini bagi penyediaan Headcount.

1. Isikan maklumat berkenaan (mata pelajaran, nama guru & kelas).

2. Isikan nama murid (copy paste dari fail lain pun boleh).

3. Isikan TOV.

4. Isikan ETR.

5.Tukarkan  warna tulisan dari hitam kepada putih bagi menyembunyikan markah TH (formular tidak boleh dipadamkan). Seperti langkah no.7.

6. Masukkan bilangan murid pada bahagian rumusan.


7. Sembunyikan kandungan rumusan yang tidak mahu dilihat (tiada data) dengan menukarkan warna tulisan kepada putih.


8. Cetak pada halaman 1 sahaja (arahan printer : 01 of 01).

   Semoga penghasilan Borang HC3 ini dapat meringankan beban para guru dalam penghasilan Headcount. Sila klik pada ikon di bawah untuk muat turun borang. Selamat mencuba.


  << Klik Imej Untuk Muat Turun >>  

Telegram Kuiz Interaktif Geografi

     <<< Join Link >>>