Cara Mengenal Allah - Ustaz Azhar Idrus
7 Februari 2016
6 Februari 2016
9 Disember 2015
Borang PCB 2016 Format Word
Borang ini adalah format Microsoft Word dan boleh diedit.
Sekadar perkongsian bersama... :)
Sekadar perkongsian bersama... :)
14 Disember 2014
24 Ogos 2014
Borang Markah Pentaksiran Lisan PT3 Format Microsoft Excel
Assalammualaikum...
Alhamdulillah pada kesempatan ini ingin saya kongsikan borang markah pentaksiran lisan dalam format excel. Borang ini dihasilkan untuk merekod markah ujian lisan Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris PT3 bagi tahun 2014.
Untuk menggunakan borang ini, guru hanya perlu mengisi nama dan angka giliran pada bahagian yang pertama sahaja iaitu bahagian Bertutur ( bagi borang Bahasa Melayu ) atau bahagian Speaking ( bagi borang Bahasa Inggeris). Sila rujuk imej di bawah.

Nama dan angka giliran tadi akan terus di masukkan pada maklumat bahagian lain ( Bahagian Mendengar & Markah bagi borang Bahasa Melayu / Bahagian Listening & Mark bagi borang Bahasa Inggeris).
Langkah seterusnya guru hanya perlu memasukkan markah sahaja iaitu pada bahagian Bertutur & Mendengar bagi borang Bahasa Melayu. Bagi borang bahasa Inggeris pula isikan markah pada bahagian Speaking & Listening sahaja.
Markah ini akan terus dijumlahkan secara automatik pada bahagian Markah / Mark terakhir iaitu .

Sekiranya bilangan murid kelas kurang dari 40 orang, anda boleh memadam row yang tidak diperlukan pada ketiga-tiga bahagian tadi tanpa sebarang masalah. Borang ini akan menghasilkan 2 helai cetakan bagi setiap bahagian.
Diharapkan penggunaan borang ini dapat meringankan lagi tugas guru-guru bahasa tingkatan 3 untuk merekodkan markah ujian lisan murid. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua. Amin :)
Diharapkan penggunaan borang ini dapat meringankan lagi tugas guru-guru bahasa tingkatan 3 untuk merekodkan markah ujian lisan murid. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua. Amin :)
21 Julai 2013
Bahan Pengajaran Geografi Tingkatan 1, 2 & 3
Assalammualaikum, pada dikesempatan ini ingin saya kongsikan pautan bahan pengajaran (aplikasi dalam talian) bagi mata pelajaran Geografi Tingkatan 1, 2 & 3. Halaman ini telah disediakan oleh KPM sebagai kemudahan kepada semua guru dan murid.
Langkah bagi menggunakan aplikasi : -
- Pilih bab yang anda dikehendaki.
- Klik pada "Enter" seperti di bawah.
- Mula menggunakan aplikasi dengan memilih kandungan aplikasi yang terdapat di bahagian sebelah kiri pada paparan aplikasi.
- Bahan pengajaran yang interaktif.
- Penerangan yang jelas melalui gambar photo yang sebenar.
- Latihan interaktif.
- Grafik dan audio yang menarik.
- Mencakupi kesemua bab dari tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 3.
~ Sila Klik Imej Di Bawah Untuk Menggunakan Aplikasi ~
Geografi Tingkatan 2
Geografi Tingkatan 3
Sebenarnya hampir semua bahan bagi setiap mata pelajaran ada disediakan di laman ini.
Cubalah anda terokai pautan ini.
3 Jun 2013
Mengira Markah Secara Mudah ( 60 & 40 soalan objektif )
Assalamualaikum, pada kali ini igin teman kongsikan penggunaan Borang Markah 40 & 60 soalan khusus bagi para guru yang sering menggunakan mesin kira untuk mendapatkan peratusan markah. Berikut adalah contoh markah bagi 40 soalan.
Di bawah ini pula adalah borang markah bagi 60 soalan.
Kedua-dua borang ini adalah terdapat di dalam satu fail excel yang sama. Anda hanya perlu memilih Worksheet 60 Soalan atau 40 Soalan sahaja. Lihat paparan Worksheet di bawah. Dokumen ini boleh terus dicetak dalam saiz A4.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat semua. Sehingga berjumpa lagi :) Sila klik imej Alhamdullilah untuk muat turun borang.
Jika imej di bawah keluar setelah anda klik pada imej Alhamdulillah, sila tunggu 5 saat dan ada boleh terus muat turun dengan klik pada butang download.
Selepas 5 saat imej berikut akan keluar.
~ Selamat Maju Jaya ~
Carian berkenaan :
- Borang markah
- formula markah
- mengira markah peperiksaan
- cara mudah mengira markah
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Assalamualaikum. Istilah "Headcount" sudah memang tidak asing lagi bagi golongan pendidik. Di sini ingin saya kongsikan peng...
-
Assalamualaikum, pada kali ini igin teman kongsikan penggunaan Borang Markah 40 & 60 soalan khusus bagi para guru yang sering men...
-
Assalamualaikum, pembukaan tahun ini penuh dengan pelbagai tugasan baru. Pada kali ini ingin saya kongsikan format laporan be...

.png)